Khamis, 28 Januari 2010

PEPERIKSAAN

Sering kali bile peperiksaan menghampiri timbul pelbagai perasaan dalam diri. Ade rase bersemangat nak study dan ade rase lemah semangat kerana kurang bersedia dan ade juga yang gelisah dengan subjek yang begitu 'tough'. Tetapi lupakah kita bahawa ini bukanlah peperiksaan yang memisahkan antara dunia dan akhirat...

Kata pepatah arab: (في الإمتحان يكرم المرء أو يهان) maksudnya dalam peperiksaan itu akan dimuliakan seseorang atau dihina..Mungkin sebahagian orang berpendapat bahawa kemuliaan dalam peperiksaan adalah mendapat markah yang tinggi atau lulus dgn cemerlang...Tetapi pendapat saya adalah matlamat dan cara menghadapi peperiksaan..Bagaimana seorang boleh menjadi mulia sekiranya mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan dengan cara meniru!! Atau bagaimana seorang boleh jadi mulia kerana ingin cemerlang semata-mata supaya mudah mendapat pekerjaan!!!

Bahkan yang lebih ditakuti lagi adalah ramai pelajar apabila menghadapi kesusahan samada sukar untuk mengulangkaji pelajaran atau masa yang tidak cukup untuk berehat atau subjek terlalu susah, maka pihak pertama mereka akan mengadukan masalah mereka adalah rakan2..Mereka lupa bahawa DIA yang menciptakan kesusahan dan DIA lah yang mengurniakan penyelesaian seperti firmanNya (ألم نشرح لك صدرك ووضعناك عنك وزرك) maksudya 'Bukankah KAMI yang melapangkan dadamu (wahai muhammad), dan KAMI menghilangkan bebanmu. Mahukah kita mengikut manhaj para nabi a.s ketika menghadapi kesulitan seperti kata-kata nabi Yaakub a.s: (قال إنما أشكو بثي وحزني إلى الله) maksudnya die (nabi yaakub a.s) berkata: sesungguhnya aku mengadu kesusahan dan kesedihanku pada Allah)..

Moga kita semua dirahmati Allah.

Ahad, 6 September 2009

KEAGUNGAN ISLAM


Sejak zaman Nabi s.a.w lagi agama islam telah menjadi dasar kepada segala urusan samada politik, kehakiman, pembahagian harta dan sebagainya. Jikalau kita benar-benar ingin menjadi penganut agama Islam yang taat, maka kita tidak perlu ragu-ragu lagi untuk melakukan sesuatu yang bertepatan dengan suruhan Allah di dalam Al-Quran dan menepati sunnah Nabi s.a.w. Firman Allah: (وما آتاكم الرسول فخذوه وما نهاكم عنه فانتهوا) alhasyr : 7. Tidak wajar apabila seseorang muslim yang telah meyakini ajaran agamanya lalu dia hanya menuruti ajaran agamanya apabila sesuai dengan seleranya atau merasakan bahawa dengan melaksanakan kaedah yang telah digariskan oleh Islam adalah kolot dan tidak mengikut peredaran zaman. Ini juga adalh sejajar dengan kehendak Nabi s.a.w melalui hadis baginda ((الإسلام يعلو ولا يعلى عليه)) riwayat albaihaqi dan dinilai hasan oleh Al-albani.